Hari ini saya nak kongsikan bagaimana strategi praktikal untuk anda menjual produk anda kepada 100 pelanggan pertama anda, menggunakan emel.
Strategi ini adalah based on pengalaman saya menjual beberapa produk sendiri & juga produk affiliate.
Alhamdulillah, setiap kali menggunakan strategi ini saya berjaya hasilkan jualan yang lebih lumayan. Anda juga bebas untuk mengubah suai strategi ini mengikut kesesuaian produk yang anda promosikan.
1. Pilih Produk
Langkah pertama ialah anda perlu kenalpasti produk apa yang anda ingin promosikan. Rasanya ini semua orang pun tahu. Pilih produk.
Cuma untuk jadikan kempen promosi anda lebih cepat menghasilkan jualan, saya sarankan agar anda memilih produk yang menawarkan HARGA DISKAUN. Ini kerana secara asasnya ramai orang suka kepada diskaun! Setuju? 🙂
Elemen diskaun memainkan peranan penting dalam mempengaruhi psikologi prospek untuk bertindak membeli dengan lebih pantas. Ini dipanggil ‘The Power of Urgency’.
Ada pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk create Urgency agar prospek bertindak pantas untuk membeli produk yang anda promosikan. Di sini saya kongsikan 2 cara yang anda boleh cuba:
Harga diskaun terhad!
Jika anda sebagai pemilik produk, anda boleh berikan harga diskaun untuk tempoh masa / kuota unit yang terhad.
Cuma, untuk berikan harga diskaun ini anda perlu ada sebab yang munasabah untuk anda berikan tawaran diskaun tersebut. Contohnya, sempena Hari Jadi, Ulang Tahun Perkahwinan, Tahun Baru, Hari Raya, dll.
Elak daripada memberikan harga diskaun yang terlalu kerap. Lakukan hanya sekali sekala sahaja.
Bonus terhad!
Disebabkan cara pertama di atas hanya sesuai jika produk tersebut adalah milik anda, yang anda boleh control harga jualannya.
Justeru bagi anda yang hanya menjual produk orang lain sebagai ejen / dropship / affiliate, anda masih boleh create urgency iaitu dengan menawarkan Bonus untuk tempoh masa atau kuota yang terhad.
Dalam kajian kes ini, saya mempromosikan produk affiliate Video Diari Ebay yang berharga RM89.
Tuan Zul, iaitu pemilik produk ini memaklumkan kepada saya yang beliau ada menawarkan harga Diskaun serendah RM59 sahaja untuk tempoh 24 jam. Jadi peluang tersebut saya ambil untuk lakukan promosi.
2. Bina Kempen Promosi
Selepas anda berjaya mengenalpasti produk yang ingin anda promosikan, barulah anda mula untuk bina kempen promosi anda.
Saya suka untuk gunakan kempen Email Marketing, kerana ia lebih praktikal untuk kita hasilkan ‘Automated Email Series’ yang akan membantu memudahkan proses promosi anda.
Ini salah satu emel follow up yang saya gunakan untuk hantar kepada subscriber, dan ia menghasilkan jualan 4 angka dalam tempoh kurang 12 jam!
Namun apa yang saya perhatikan, ramai usahawan internet dimomokkan tentang mitos bahawa Email Marketing sudah tidak relevan untuk digunakan sekarang.
Sedangkan berdasarkan pengalaman saya sejak 2009 terlibat dengan perniagaan internet, email marketing adalah antara medium pemasaran yang sangat powerful & ia masih kekal relevan sehingga kini. Ia paling banyak menyumbang jualan untuk produk-produk yang saya promosikan di internet.
Untuk memulakan kempen promosi anda melalui Email Marketing, perkara pertama yang wajib anda lakukan ialah melanggan sistem Email Autoresponder. Anda boleh pilih mana-mana sistem email autoresponder yang ada di pasaran.
Salah satu sistem email autoresponder tempatan yang saya cadangkan ialah Thru.my
Jika anda berminat untuk memulakan kempen Email Marketing anda dan ingin melanggan sistem autoresponder, anda boleh cuba melanggan d Thru.my kerana kos langganan yang jauh lebih rendah (USD3.00 sebulan)
Kemudian selepas anda melanggan, bina satu ‘campaign group’ di dalam sistem autoresponder anda. Tujuannya adalah untuk anda asingkan kempen promosi anda, dan anda boleh menguruskannya dengan lebih mudah dan berkesan.
Tambah sekurang-kurangnya 3-5 Email Follow Up di dalam campaign tersebut.
Selepas itu, barulah anda hasilkan satu webpage atau dikenali sebagai Squeeze Page untuk anda mula mengumpul senarai emel prospek yang berminat dengan tawaran promosi anda.
Jika anda masih belum familiar dengan squeeze page, jom lihat contoh squeeze page yang saya hasilkan:
Selepas anda selesai menyiapkan bahan material di atas, anda boleh teruskan dengan langkah yang berikut di bawah.
3. Tarik trafik
Ini adalah langkah yang kritikal iaitu untuk menarik prospek anda melihat tawaran anda. Trafik umpama nyawa kepada bisnes anda. Jika tiada trafik, bermaksud tiada sesiapa yang akan melihat tawaran anda.
Anda boleh gunakan FB profile, FB group, Whatsapp, Email atau apa sahaja medium untuk anda share Link Squeeze Page anda.
Secara personal, saya lebih suka menggunakan FB Ads kerana ia lebih mudah & pantas, serta saya boleh spesifikkan siapa target prospek yang saya inginkan.
Action Plan: Dapatkan 100 Pelanggan Dengan Email!
Rakan saya, Tuan Rahman Basri ada menyiapkan satu laporan “Action Plan: Get 100 Customers” dan bercadang untuk memberikan kepada anda sebagai rujukan. Ianya dalam Bahasa Malaysia.
Di dalam Action Plan tersebut, ia juga mengandungi template emel yang telah beliau hasilkan sebelum ini. Yang menariknya, melalui emel tersebut beliau berjaya menghasilkan 100 pembeli dalam tempoh kurang 48 jam!
Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan untuk anda menulis emel follow up kelak.
Ia merangkumi item berikut:
- Casestudy: Cerita di belakang tabir bagaimana saya berjaya mendapatkan 100 pelanggan dalam tempoh singkat.
- Action Plan: Step-by-step apa yang anda perlu lakukan untuk capai 100 pelanggan pertama anda melalui internet.
- Video Tutorial bagaimana membina kempen Email Marketing anda.
Jika anda berminat untuk dapatkan”Action Plan: Get 100 Customers” beserta semua contoh email template ini, anda boleh dapatkannya dengan harga cuma serendah RM20 sahaja.
Ya! RM20 sahaja untuk keseluruhan item di atas.
Sila klik di sini untuk mula dapatkan 100 pelanggan pertama anda.
BERITA BAIK buat anda yang buat tempahan hari ini, Tuan Rahman berbesar hati untuk berikan 4 lagi tambahan contoh koleksi email follow up yang beliau pernah gunakan sebelum ini.
Ia mengandungi ‘template email’ yang bernilai tinggi yang telah dipilih di kalangan emel-emel yang paling berkesan dan CONVERT SALES!
Ia adalah koleksi emel yang unik, yang telah beliau hasilkan sendiri berdasarkan kajian mendalam berkenaan cara penulisan emel yang berkesan.
Emel-emel ini turut dilengkapi dengan elemen-elemen penting seperti emotional, urgency, psikologi dan seumpamanya. Ia juga merupakan himpunan emel yang mampu membuatkan subscriber tidak sabar-sabar untuk membaca emel-emel yang bakal dihantar, dan terus membuat pembelian tanpa berfikir panjang!
Melalui koleksi-koleksi email ini, anda akan belajar perkara berikut:
- Strategi bagaimana sebenarnya melakukan promosi terhadap produk dalam tempoh kurang 24 jam dan berjaya menghasilkan lebih 20 jualan dan akhirnya dinobatkan antara Top Affiliate.
- Strategi ‘online course’ yang diberikan secara percuma boleh membantu menghasilkan jualan berlipat kali ganda.
- Strategi copywriting ringkas namun masih berjaya ‘menggoda’ subscriber untuk terus melakukan pembelian.
- Strategi promosi seminggu sebelum menjelang Aidilfitri, iaitu bagaimana Tuan Rahman berjaya menjadi Top 1 Affiliate dengan meninggalkan jauh pesaing-pesaing yang lain. Hanya 4 hari beliau berjaya hasilkan jualan sebanyak 84 unit!
- Strategi bagaimana lakukan promosi terhadap satu produk affiliate hingga berjaya menghasilkan lebih RM5,000 komisyen dan memenangi Samsung Notebook secara percuma.
- Dan strategi hasilkan 100 jualan dalam tempoh 5 hari!
Ada RM20, nak tengok wayang + pop corn atau nak ilmu berbaloi? 🙂
Sila klik di sini untuk mula dapatkan 100 pelanggan pertama anda.