Pengalaman Saya Melawan Covid19!

Assalamualaikum semua,


Saya sudahpun discaj setelah 15 hari di wad akibat covid19.

Pada mulanya, saya positive covid19 pada 16 July 2021 dan hanya kuarantin 10 hari di rumah.


Tapi masa hari terakhir tempoh kuarantin saya di rumah yang sepatutnya habis, oksigen level saya drop dengan agak drastik.

Lalu, adik ipar saya call 999. Tak sampai sejam, ambulans datang dan terus bawak saya ke Hospital Selayang. Pada ketika itu, saya dipakaikan oksigen tank.

Selama 10 hari saya di wad covid19 hospital selayang, saya dipantau dengan baik sekali oleh doktor dan nurse. Mereka hari-hari merekodkan bacaan oksigen level saya, tekanan darah dan bacaan gula. Oksigen level saya bermain dalam level 83 hingga ke 91 dengan memakai oksigen tank. Tekanan darah dan bacaan gula saya dalam keadaan normal. Alhamdulillah.

Di wad itu juga, saya kena tidur terlentang, ke kiri dan ke kanan untuk meninggikan tahap oksigen saya.

Saya juga diberikan ubat untuk dimakan untuk rawatan pneumonia saya.

Setelah 10 hari berjuang di Hospital Selayang, saya dipindahkan ke wad biasa Hospital Kuala Kubu Bharu. Di sana, saya dipantau dengan amat baik sekali dan masih menggunakan oksigen tank. Di wad ini, saya diajar teknik pernafasan yang betul dan diberikan latihan spirometer. Kalau anda perasan, spirometer ni yang ada 3 bola dan kita kena tarik nafas dan pastikan 3 bola naik ke atas.


2 Hari terakhir saya di Hospital Kuala Kubu Bharu, saya sudah tidal memakai oksigen tank. Bacaan oksigen saya semakin baik dan doktor berpuas hati dengan tahap kesihatan saya. Setelah 5 hari saya di sana, semalam (6 August 2021) saya sudah discaj.

Walaupun dah discaj, saya masih diberikan MC sehingga 15 August 2021.

Sekarang saya masih memantau keadaan kesihatan dengan sendiri terutamanya oksigen level. Oximeter merupakan alat wajib yang sentiasa ada dengan saya. Latihan pernafasan dan spirometer pun saya masih buat. Nampak keadaan agak terkawal, cuma saya masih ada batuk. Bila nak bercakap, agak susah sikit sebab akan terbatuk. Ubat pneumonia yang dibekalkan oleh pihak hospital wajib saya habiskan.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua rakan-rakan yang mendoakan dan memberikan kata-kata semangat.

Terima kasih atas bacaan yassin juga yang pihak syarikat dan rakan-rakan anjurkan.


Terima kasih buat semua frontliners di Hospital Selayang dan Hospital Kuala Kubu Bharu. Anda semua memang terbaik.

Doakan kesihatan saya kembali pulih.

Terima kasih.
Ahmad Bashier

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *