Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda pelaburan yang paling menguntungkan!
Selain daripada anda fokus untuk meluaskan pelaburan anda dalam bidang hartanah, saham, emas, unit amanah dan kripto yang masing-masing mempunyai risk dan reward nya yang tersendiri, saya kongsikan 3 pelaburan yang tidak akan merugikan anda.
1.Pelaburan Untuk Akhirat
Bukan semua pendapatan kita adalah untuk kita. Ada bahagian pendapatan kita ini untuk membantu mereka yang susah. Jadi, saya sarankan anda untuk konsisten setiap bulan untuk bersedekah kepada meraka yang memerlukan. Jika anda rasa susah untuk buat secara offline, anda boleh bersedekah secara online. Anda boleh bersedekah ke tempat-tempat berikut:
- Rumah Anak Yatim
- Pusat Kanak-Kanak Autisme
- Pusat Kebajikan Orang Tua
- Pusat Tahfiz
- Masjid / Surau
Bukan setakat wang ringgit yang anda boleh sedekahkan, tapi anda juga boleh sedekahkan barang-barang berikut:
- Al-Quran
- Sejadah
- Water Filter
- Air Filter
Pahala sedekah anda akan sentiasa mengalir selagi mereka menggunakanny
2. Pelaburan Untuk Ilmu
Ilmu pelita hidup. Ramai orang yang hidupnya berubah bila mereka semakin berilmu. Banyak kelebihannya bila berilmu. Antaranya ialah:
- Boleh berkongsi ilmu dengan masyarakat
- Mendapat pekerjaan yang baik
- Menjadi rujukan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan
Jangan takut untuk membelanjakan duit yang anda ada untuk upgrade diri anda terhadap ilmu. Contohnya, ilmu berkaitan dengan pemasaran digital internet, ilmu agama dan ilmu-ilmu baru yang anda ingin pelajari. Antara yang anda boleh lakukan untuk melabur dalam ilmu adalah:
- Membeli buku atau ebook yang bermanfaat.
- Hadir ke latihan / seminar yang bermanfaat.
- Sambung belajar di peringkat lebih tinggi seperti ambil professional certificate, degree, master atau PHD.
Percayalah, pelaburan anda akan berlipat kali ganda!
3. Pelaburan Untuk Kesihatan
Bagi saya, kesihatan adalah kekayaan yang sebenar. Jika anda sakit, anda tidak dapat melakukan aktiviti harian anda. Jadi, melaburlah untuk kesihatan anda! Kebaikannya adalah:
- Anda akan dihindari dari penyakit yang berbahaya
- Insyaallah anda akan dipanjangkan umur
- Anda boleh buat apa sahaja aktiviti yang anda suka
Kesihatan amatlah penting terutamanya pada musim covid19 ini. Berapa ramai orang yang terkorban disebabkan covid19. Jadi, jagalah kesihatan diri anda dan keluarga anda. Antara yang anda boleh lakukan adalah:
- Beli produk untuk kuatkan imuniti anda. Contohnya, vitamin C, vitamin D, habattus sauda’, Shiruto dan Diffenz.
- Buat regular medical checkup di klinik / hospital
- Beli makanan yang berkhasiat. Jangan asyik makan makanan fast food seperti mcd dan kfc sahaja! (Nasihat untuk diri sendiri)
- Beli juga alat-alat untuk memantau kesihatan anda seperti oximeter, thermometer, penimbang dan alat penyembur untuk sanitasi.
Ok, ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini. Semoga kita semua dapat lebih manfaat dari 3 pelaburan
ini. Semoga anda semua kaya dan berjaya!
Terima kasih,
Ahmad Bashier