Artikel kali ini saya nak kongsikan satu teknik yang dipanggil custom dropship.
Ada seribu satu teknik dropship untuk anda memulakan jualan di ebay.
Tapi jarang untuk anda temui teknik yang diajar secara terperinci bila anda google, terutamanya artikel dalam bahasa melayu.
So saya nak kongsikan artikel ini supaya lebih ramai membuka mata bahawa peluang untuk menjana pendapatan secara sampingan dari rumah adalah tidak lagi mustahil pada zaman sekarang ni.
Anda hanya perlu ada ilmu sahaja dengan modal yang minima.
Jom tengok beberapa statistik dari terapeak seller-seller yang telah berjaya buat jualan di ebay hanya fokus pada barang “custom dropship” ni:
Ini adalah statistik jualan 1 jenis barang sahaja iaitu custom watch.
Jualan jam ini berjaya menghasilkan sebanyak USD164k++ = RM635K++ setahun oleh 1436 orang seller dari negara indonesia sahaja.
Orang lain boleh jual. Saya boleh jual. Anda juga boleh jual!
Kelebihan bisnes dropship secara custom ni ialah kita boleh menjual mengikut trend terbaru di ebay. Apa yang sedang hangat di cari di ebay, barang tulah yang kita fokus untuk buat jualan.
Ada banyak supplier custom dropship yang boleh anda gunakan. antaranya adalah seperti di bawah:
Jom tengok macam mana proses di sebalik tabir ni:
Langkah #1: Perlu daftar akaun supplier di www.artsnow.com
Selepas anda register, anda akan mendapat 30 hari percuma sebagai dropship reseller seperti di bawah.
Untuk lebih jimat anda boleh terus melanggan selama setahun ianya akan menjadi sebanyak USD 15 sahaja untuk sebulan. (Dalam RM60 yuran langganan sebulan)
Terdapat beratus-ratus jenis item custom yang boleh anda pilih untuk dijual di ebay.
Apa yang anda perlu buat hanyalah pilih produk yang anda ingin jual, cari design yang bersesuaian dan jual di ebay. contohnya saya pilih watch seperti di bawah:
Harga yang ditawarkan untuk bukan ahli adalah berharga USD12.99.
Jika anda telah daftar menjadi reseller dengan melanggan setiap bulan, harga yang anda dapat adalah seperti di bawah:
Cuma USD7.99 sahaja.
Pastikan anda sudah ada akaun ebay dan paypal dahulu barulah berbaloi untuk anda melanggan artsnow sebagai supplier anda.
Langkah #2: Kaji permintaan market di ebay
Nak buat kajian ni juga ada banyak cara. Saya kongsikan secara ringkas seperti di bawah:
Cara 1 – Rujuk di website ebay sendiri seperti di advance search ebay.
Cari item-item yang telah berjaya di jual di ebay menggunakan specific keyword seperti “sport metal watch” jika anda memang nak jual jam ni.
Cara 2 – Lihat statistik di website third party seperti di sini www.watchcount.com
Berdasarkan number of watchers yang ramai memberi gambaran bahawa jam dengan tittle volkswagen gti wheel adalah carian keyword yang tertinggi untuk item sport metal watch.
Dari data seperti ni bagi kita idea untuk hanya fokus pada barang seperti ni untuk meningkatkan possibility barang kita terjual lebih tinggi.
Cara 3 – Menggunakan third party Data Research berbayar seperti terapeak:
Dari data terapeak di atas, anda mampu mendapatkan data yang lebih accurate dengan cepat dan tepat.
Selain itu juga anda dengan mudahnya boleh filter seller dari setiap negara yang menjual item yang anda nak jual. Inilah kelebihan terapeak berbanding kaedah 1 dan 2 di atas.
Saya lebih suka menggunakan terapeak untuk buat kajian pasaran sebab ianya sangat menjimatkan masa saya untuk buat research.
Keduanya jika saya nak mengintai seller competitor saya dari mana-mana negara ianya lebih mudah.
Kerana jika kita menggunakan fungsi advanced search sahaja, jika competitor saya adalah seller malaysia (dan mereka meletakkan item location mereka selain dari negara malaysia) agak sukar untuk saya menjejaki akaun mereka sebab fungsi advanced search hanya mampu filter based on item location sahaja.
Tetapi dengan terapeak, ianya akan terus filter based on registered account seller tersebut. Walaupun competitor saya meletakkan location item adalah china, saya mampu detect akaun competitor saya melalui terapeak.
Cara 4 – Menggunakan ebay trend website seperti explore.ebay.com
Di website ni anda dapat tahu apa item terkini yang sedang hot di ebay yang mendapat carian keyword tertinggi dan sedang trending di ebay.
Langkah 3 : Design dan listing di ebay
Setelah mendapat idea dan bukti jualan yang tinggi berdasarkan data yang anda kumpul, bermulalah peringkat yang seterusnya untuk anda buat listing di akaun anda pula.
Jika anda tak pandai photoshop tak menjadi masalah.
Artsnow telah menyediakan template mereka sendiri. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah cari gambar background yang sesuai dan upload di website artsnow sahaja. pastikan image size yang anda upload tu mestilah mengikut spesifikasi yang diperlukan oleh artsnow seperti gambar di atas.
Ini adalah contoh barang yang telah di iklan kan di ebay menggunakan supplier artsnow.
Jika anda pandai photoshop, dah tentulah menjadi kelebihan untuk anda edit gambar display anda jadi lebih cantik dan unik seperti di bawah.
Harga juga anda boleh jual lebih tinggi dan meningkatkan lagi potensi untuk bakal pembeli membeli melalui anda.
Seperti seller di atas dia berjaya membuat jualan sebanyak 95 unit dengan untung bersih sebanyak $5.29 x 95 unit = $502.55 = RM1949.64 hanya dengan menjual 1 jenis jam ini sahaja.
Jika di listing seller ni terdapat 1000 listing dan kita kira secara kasar sebulan hanya 20% sahaja terjual bermakna:
20% x 1000 = 200 unit x $5.29 (net profit) = $1058 = RM4k++ SEBULAN
Ianya adalah bersamaan dengan kos sara hidup sebuah family secara purata di Malaysia!
Kesimpulan
Saya harap anda sedikit sebanyak telah menyedari potensi bisnes ebay ini dan start take action untuk ambil peluang ini. Daripada kita menghabiskan masa scroll facebook tengok newsfeed apa yang orang lain buat, tengok youtube, dan sebagainya,
Lebih baik jika kita fokus pada produktiviti yang membantu meningkatkan ekonomi keluarga kita.
Jalan telah saya tunjukkan. Selebihnya ialah bergantung pada kemahuan anda sendiri.
Teknik yang saya tunjukkan ini adalah 1 daripada 1001 teknik yang ada di ebay. Ada pelbagai lagi teknik dropship yang lain perlu anda pelajari untuk meningkatkan skill buat duit anda.
Saya sangat recommend jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, anda boleh rujuk Ebook panduan lengkap ini.
Ia sangat sesuai untuk newbie yang baru nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Boleh klik di sini untuk download Ebook Panduan Ebay >>
Semoga bermanfaat!