Blog, Blogger dan Blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua, semoga  berada dalam keadaan yang sihat sentiasa.

Baiklah, ini merupakan entri saya yang pertama dalam blog ini. Sebelum itu, saya mengalu-alukan kehadiran anda semua ke laman web ahmadbashier.com ini. Jutaan terima kasih kepada anda semua kerana menjadi antara pengunjung yang terawal untuk melawat blog ini. Doakan saya supaya saya rajin update blog ini ya. :-)

Ok, berbalik kepada tajuk kita tadi, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan pemahaman anda mengenai definisi blog, blogger dan blogging. Saya percaya sekarang rata-rata rakyat Malaysia sudah mengetahui akan kepentingan mempunyai blog untuk diri mereka sendiri. Tetapi masih ada juga dalam kalangan kita yang tidak mengetahui apakah fungsi sebenar blog itu sendiri.

Baiklah saya akan menerangkan kepada anda semua apakah itu blog. Berdasarkan pemahaman saya, blog ialah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan berkaitan dengan sesuatu perkara dan ianya perlu sentiasa dikemaskini. Perbezaan ketara antara blog dengan laman web biasa adalah setiap kali anda update atau memasukkan artikel, artikel yang terkini akan berada di atas dan artikel yang lepas akan berada di bawah. Ok, cukup sampai di situ.

Jom kita beralih pula kepada definisi blogger. Blogger ialah penulis blog tersebut. Secara mudahnya, sekiranya anda mempunyai blog, maka anda boleh mengelarkan diri anda sebagai seorang blogger. Seperti saya, saya juga merupakan seorang blogger kerana mempunyai blog saya yang tersendiri. HohohoJ…. Oops belum habis lagi, apakah itu blogging? Ha, kalau nak tahu blogging ialah aktiviti mengemaskini dan menguruskan blog. Jadi, jom kita bina ayat menggunakan 3 perkataan(blog, blogger, blogging) berikut:

“Ahmad Bashier, seorang blogger yang mempunyai blog yang menarik dan beliau memang  suka berblogging setiap hari”

Aduhai, perasan lah pula mamak ni:-)

Baiklah, rasanya sampai di sini sahaja artikel pertama saya. Insyaallah saya akan lebih aktif untuk mengupdate blog saya ini. Doakan supaya segalanya dipermudahkan. \(^_^)/

Salam Blogger,

Ahmad Bashier

  • Share/Bookmark

Tags: , , , , , , , , , , ,

5 Responses to "Blog, Blogger dan Blogging"

Leave a Comment