Ahmad Bashier Dot Com

Bisnes Dunia: Saham Asia didagang lebih rendah
SAHAM Asia kebanyakannya didagangkan lebih rendah semalam susulan kerugian di Wall Street sementara Tokyo juga turut terjejas ekoran faktor pengukuhan yen, manakala Shanghai menjunam di tengah kebimbangan terhadap ekonomi China.

Tokyo susut 0.70 peratus, atau 66.23 mata kepada 9,448.21, Shanghai kurang 0.94 peratus tengah hari semalam dan Hong Kong turun 0.64 peratus.

Seoul, bagaimanapun, meningkat 0.10 peratus, atau 2.07 mata kepada 2,048.74, berjaya mengatasi kerugian bagi tujuh sesi berturut-turut, manakala Singapura mencatat kerugian 0.50 peratus. Saham Sydney ditutup kerana hari cuti umum.

Pasaran terus menunjukkan aliran penurunan berikutan peningkatan kebimbangan peniaga terhadap ekonomi global, dengan perangkaan Amerika Syarikat (AS) yang memberi tanda kelembapan dalam pemulihan manakala, pertumbuhan di China juga menunjukkan penurunan.

Di pasaran Wall Street Jumaat lalu, Dow Jones susut 1.42 peratus, S&P 500 turun 1.40 peratus dan Nasdaq jatuh 1.53 peratus.

Saham Dow Jones mencatatkan kerugian bagi tempoh enam minggu berturut-turut untuk kali pertama sejak 2002.

Ia susulan pengumuman perangkaan pekerjaan dan pengilangan terbaru yang menunjukkan ekonomi negara itu semakin lemah.

Di pasaran Tokyo, pengeksport kurang memasuki pasaran kerana pengukuhan yen berbanding euro di sebalik kebimbangan terhadap krisis hutang kerajaan di Eropah.

“Tahap euro kini adalah terlalu tinggi bagi kami,” kata Ahli Ekonomi Pasaran Bahagia Pertukaran Mata Wang Mizuho Corporate Bank, Daisuke Karakama.

Saham Nikkei juga terjejas susulan kerugian 2.42 peratus oleh Toyota Motor, yang dijual selepas ramalan keuntungan bersih bagi tahun kewangan fiskal berakhir 31 Mac mengenai kejatuhan 31 peratus kepada 280 bilion yen, lebih rendah daripada ramalan penganalisis.

Bagi pasaran lain, saham Taipei menjunam 1.41 peratus, atau 124.87 mata kepada 8,712.95.

Saham pengeluar telefon pintar terkemuka, HTC, juga menjunam tujuh peratus kepada Tw$1.09 manakala Taiwan Manufacturing Co adalah 0.8 peratus lebih rendah pada Tw$74.7.

Manila meraih 1.14 peratus, atau 48.04 mata, kepada 4,171.54.

Saham Metropolitan Bank & Trust susut 0.9 peratus pada 68.50 pesos dan SM Investments juga susut 0.4 peratus kepada 538 pesos, manakala Philippine Long Distance Telephone turun 0.1 peratus kepada 2,298 pesos.

Wellington susut 0.40 peratus, atau 13.94 mata kepada 3,476.68. – AFP

Tugas Juruaudit Penting Dalam Hal Pembelian Melibatkan Nyawa Manusia – Sultan Azlan Shah
Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada Khamis bertitah menegaskan bahawa tanggungjawab juruaudit cukup penting apa lagi jika ia melibatkan pembelian, pengendalian dan penyenggaraan instrumen serta peralatan melibatkan nyawa dan keselamatan manusia.

Tugas juruaudit, tegas baginda, bukan sekadar memastikan urusan kewangan dipatuhi sepenuhnya tetapi turut menentukan tahap piawaian yang tinggi tidak dikompromikan dalam menilai kualiti peralatan dan penyenggaraannya.

“Etika profesion juruaudit tidak boleh sama sekali dikorbankan. Sifat teliti, halus, mendalam, tajam dan tepat adalah komponen penting yang wajib dipenuhi oleh setiap juruaudit,” tegas baginda ketika merasmikan Wisma Jabatan Audit negeri Perak di Bandar Meru Raya di sini.

Sultan Azlan mengingatkan bahawa sesebuah organisasi boleh lumpuh manakala “stakeholder” terpaksa menanggung kerugian sekiranya kepincangan audit di peringkat pengurusan tertinggi tidak didedahkan di peringkat awal lagi.

Baginda bertitah malah ada kepincangan cuba ditutup kerana adanya hubungan terlalu rapat antara juruaudit dan pelanggan sehingga ada juruaudit yang terperangkap dengan kemesraan hubungan serta tergamak mengorbankan prinsip utama profesion audit.

Sultan Azlan Shah bertitah kumpulan audit yang dihormati adalah mereka yang tidak akan berkompromi tanpa takut kehilangan pelanggan atau jawatan serta mereka yang tegas dan bebas.

“Mereka yang tidak akan menutup kesilapan dan berani mendedahkan kebenaran, daripada kalangan mereka yang mengemukakan laporan secara tepat berasaskan bukti dan data, dan daripada kalangan mereka yang dapat menyempurnakan tanggungjawab dalam tempoh masa yang ditetapkan,” ujar baginda.

Baginda bertitah pengurusan tinggi awam yang menghayati budaya amanah, telus, jujur dan cekap akan melihat juraudit sebagai rakan kongsi yang dapat menambahbaik pengurusan organisasi atau agensi di bawah kawalan mereka.

Bangunan bernilai RM9 juta itu merupakan bangunan pertama dimiliki oleh Jabatan Audit Negara sejak institusi itu ditubuhkan pada 1906.

Idea pembinaan bangunan itu tercetus pada Jan 2004 ketika perancangan projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dimulakan.

Wisma tersebut akan menempatkan pejabat sedia ada yang kini menumpang di Bangunan Persekutuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di sini. -BERNAMA

Aktiviti Seharian Diriku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua sahabat-sahabat pengunjung. Semoga kita semua berada dalam limpahan rahmat dan inayah dari-NYA selalu.

Baiklah, sebelum saya memulakan menulis entry pada hari ini, saya mintak anda semua senyum dulu. Ini kerana senyuman anda mampu membuatkan saya ceria pada hari ini. OK, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda aktiviti seharian saya bermula daripada bangun tidur sehingga lah tidur kembali.

Antara yang akan saya buat adalah:

a) Berfacebook

Ya, berfacebook merupakan antara aktiviti seharian saya. Saya meluangkan masa sekurang-kurangnya 3 hingga 4 jam untuk aktiviti berfacebook. Biasanya apabila mula-mula sekali buka facebook, saya akan cek private message(PM) terlebih dahulu. Kalau ada PM, saya akan balas dulu PM tersebut. Seterusnya saya akan approve kawan baru facebook saya dan mula melihat notification. Biasanya saat ini saya akan leka untuk tekan LIKE dan komen sesama rakan di facebook. Selepas itu, saya akan beralih ke fan page-fan page saya yang ada pelbagai niche. Antaranya ialah niche perakaunan, niche tuisyen dan banyak lagi (terpaksa dirahsiakan). Sedar-sedar, ha, dah 2 hingga 3 jam masa dihabiskan dengan berfacebook.

b) Update blog

Oh ya, untuk pengetahuan semua pembaca. Saya memang seorang yang jenis suka berkongsi sesuatu dengan sesiapa sahaja. Jadi, blog sayalah medium untuk saya kongsikan berita gembira dan sedih saya bersama pengunjung blog seperti anda. Betul, jika anda ada blog, saya yakin dan percaya anda juga akan merasakan perkara yang sama iaitu sifat suka berkongsi. Semakin berfaedah perkara yang anda kongsikan terbabit, semakin ramai lah orang yang akan setia dengan blog anda. Akibatnya, semakin mencurah-curahlah trafik yang datang ke blog anda

c) Hantar email ke subsriber

Ini juga perkara yang akan saya lakukan secara berkala. Sama ada 3 kali seminggu atau 2 kali seminggu. Saya akan berkongsi apa-apa sahaja tips berkaitan dengan niche yang mereka subscribe. Contohnya, jika subscriber saya tersebut adalah jenis yang sukan informasi berkaitan dengan perakaunan, maka saya akan kongsikan informasi berkaitan dengan perakaunan. Jika subscriber suka kan tips berkaitan dengan tuisyen, maka tips tuisyen lah yang akan saya kongsikan. Yang penting saya nak semua orang tahu, saya sangat menjaga ‘relationship’ dengan semua jenis subscriber saya. ^^

Ok lah, rasanya setakat ni sahaja untuk saya kongsikan aktiviti utama saya. Sebenarnya banyak lagi yang saya lakukan untuk aktiviti seharian ni. Lepas sahaja saya siap 3 aktiviti utama tersebut, saya akan baca suratkhabar online, tengok youtube, blogwalking ke blog-blog yang terpilih dan berforum di forum-forum yang sesuai dengan minat saya. Biasanya saya berforum di wangcyber.com . Tu pun sebagai silent reader sahaja.

Ok, nanti kalau ada lagi perkara yang saya ingin kongsikan, saya akan kongsikan kepada anda semua. Insyaallah cuti  bulan ini akan saya habiskan masa saya dengan update berita-berita terkini berkaitan dengan aktiviti saya dan tips-tips yang berkaitan.

K lah, jangan lupa klik butang ‘share’ ya. Jumpa lagi. Jazakallah Khairan Jaza’.

Salam Motivasi,

Ahmad Bashier

Selamat Hari Guru
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu. Baiklah, pada kali ini saya ingin mencoretkan sesuatu berkaitan dengan hari guru.

Sebelum itu, selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru-guru di Malaysia, juga kepada guru-guru yang mengajar saya sejak saya lahir sehinggalah saya berkelana sementara di bumi Universiti Malaya ini. Alhamdulillah, hasil didikan dan tarbiyah dari guru-guru saya selama ini, saya berasa bersyukur kerana berjaya mencapai kejayaan demi kejayaan sehingga ke saat ini.

Saya pasti sama ada kejayaan tersebut adalah kejayaan yang besar atau kecil ianya cukup bermakna bagi diri saya dan guru-guru tersebut. Saya masih ingat lagi pada ketika saya kecil, saya merupakan seorang kanak-kanak yang biasa, yang tidak tahu hala tuju dan masa depan diri sendiri. Namun, apabila saya semakin besar dan semakin matang, saya selalu berdamping dengan guru dan guru-gurulah contoh terbaik yang membuatkan saya berjaya hingga ke saat ini.

Rakan-rakan pembaca blog sekalian, tanpa guru siapalah kita. Gurulah yang membuatkan kita berjaya sehingga ke hari ini. Nasihat saya kepada diri saya dan pembaca sekalian, jika kita tidak mampu untuk menghadiahkan guru-guru kita hadiah yang besar-besar, jangan lupa untuk berdoa kepada guru-guru kita sebaik sahaja kita selesai solat. Biarlah guru kita tidak tahu apa yang kita doakan kepada guru kita tersebut, yang penting Allah tahu.

Akhir kalam, bagi mereka yang belum lagi ucapkan selamat hari guru, cepat-cepatlah ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru kita. Tidak kisah lah apa pun panggilan kepada guru tersebut sama ada sir, ustaz, cikgu, master atau seumpama dengannya. Saya akhiri entry saya pada kali ini dengan ucapan terima kasih:

Terima kasih cikgu yang mengajarku membaca,

Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis,

Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis,

Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna,

Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira,

Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri,

Terima kasih guru yang mengajarku erti kehidupan.

Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah

Terima kasih guru muqaddam

Terima kasih guru tadika

Terima kasih cikgu sekolah

Terima kasih pensyarah

Terima kasih guru sejati

Terima kasih buat semua insan yang bergelar guru

Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini

p/s: Jika anda merasakan entry ini penting dan bermakna kepada diri anda dan mereka yang seumpama dengannya, jangan lupa untuk tekan butang share. Jumpa lagi di lain entry. Sirru A’la Barkatillah ^^

Sekian,

Ahmad Bashier

Terima kasih, selamat hari guru~

Analisis: Rangka dasar tangani kenaikan harga barang
ISU kenaikan harga sering di perkatakan di mana-mana sama ada di media ataupun sekadar perbualan tidak formal sesama rakan sepejabat. Ternyata isu ini mendapat perhatian dari segenap lapisan masyarakat.

Walau begitu pandangan umum sering mengaitkan faktor kos sebagai punca kepada masalah kenaikan harga itu, walhal, isu peningkatan permintaan juga sepatutnya diberikan perhatian apabila membahaskan mengenai inflasi.

Umum juga sering mengatakan kenaikan harga akan sentiasa berterusan dan menganggap pengurangan atau kejatuhan paras harga adalah sesuatu yang sukar untuk berlaku.

Selain itu, angka Indeks Harga Pengguna (IHP) juga mendapat kritikan kerana ada segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa ia tidak melambangkan keadaan sebenar situasi inflasi di negara ini.

Perangkaan terkini menunjukkan IHP pada bulan Mac telah meningkat sebanyak 3.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Dari pecahan IHP itu, didapati harga makanan dan minuman tidak beralkohol yang mewakili 30.3 peratus daripada keseluruhan jumlahnya, meningkat sebanyak 4.7 peratus untuk tempoh dua bulan berturut-turut.

Pecahan yang lebih terperinci juga menunjukkan indeks harga bagi daging, barangan tenusu serta gula telah meningkat sebanyak 7.6 peratus, 6.0 peratus dan 22.5 peratus.

Ia adalah selaras dengan perangkaan yang di keluarkan oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu yang menunjukkan indeks harga makanan telah meningkat sebanyak 36.5 peratus pada bulan Mac tahun ini.

Dari sudut sektor pertanian, kenaikan harga adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan berikutan beberapa komoditi barangan seperti beras, daging dan susu mempunyai tahap sara diri yang rendah iaitu kurang daripada 100 peratus.

Contohnya, tahap sara diri bagi beras, daging lembu dan susu yang dicatatkan pada tahun 2010 adalah berada pada paras 71.4 peratus, 28.6 peratus dan 4.9 peratus.

Ia bermakna, negara kita perlu mengimport barangan itu bagi memenuhi keperluan makanan di negara ini.

Bukti itu diperkukuh lagi dengan imbangan dagangan bagi sektor makanan yang menunjukkan peningkatan imbangan defisit sebanyak RM12.1 billion pada tahun 2010 berbanding defisit RM10.9 billion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Oleh yang demikian, negara kita terdedah kepada turun naik harga makanan global yang akhirnya akan di terjemahkan kepada harga domestik berikutan pengimportan makanan dari negara luar.

Berdasarkan kepada perkara di atas, boleh kita kesimpulan bahawa sektor pertanian mempunyai potensi yang tinggi sebagai salah satu ejen penstabilan harga. Namun, keadaan semasa menunjukkan ketidakseimbangan di dalam sektor pertanian yang mana pengeluaran minyak kelapa sawit serta getah adalah komoditi utama di sektor ini.

Jumlah pengeluaran bagi kedua dua komoditi itu adalah sekitar 57 peratus daripada jumlah pengeluaran di sektor pertanian pada 2010.

Mungkin pada masa akan datang, keadaan ini dapat diperbaiki melalui peningkatan produktiviti serta pengeluaran di sektor makanan.

Selain itu, ia juga mampu menjana peluang pekerjaan terutama bagi masyarakat di luar bandar dan sekali gus dapat mengurangkan jurang pendapatan sekiranya sektor ini dapat dikomersialkan dengan lebih meluas.

Seharusnya, isu inflasi ini perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu kenaikan harga tidak semestinya tertumpu kepada kos barangan saja, malah ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan sektor tertentu seperti makanan juga memainkan peranan yang penting menaikkan tingkat harga umum.

Oleh itu, dengan memahami punca sebenar masalah inflasi tersebut maka dapat kita bertindak serta merangka dasar yang sesuai bagi menangani isu itu.

Penulis ialah Ahli Ekonomi di Malaysian Rating Corporation Bhd

Sumber: Berita Harian

BSN Tawar RM100,000 Pada Penuntut Universiti
KUALA LUMPUR: Program Usaha Niaga Sosial Antara Universiti (SVC) edisi kedua anjuran Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan hadiah lebih lumayan bernilai RM100,000 untuk menjadi rebutan penuntut universiti seluruh Malaysia.

Timbalan Ketua Eksekutif BSN Perkhidmatan Perbendaharaan dan Sokongan Korporat, Hasan Mohamed berkata hadiah yang diperuntukkan pada pertandingan kali ini ditambah baik untuk menarik lebih ramai penyertaan berbanding siri pertama tahun lalu.

Menurutnya, selain wang tunai dalam bentuk Sijil Simpanan Premium (SSP), juara pertandingan program berbentuk keusahawanan sosial itu turut berpeluang memenangi komputer riba, I Pad dan produk terbaru keluaran Samsung, Galaxy Tab.

“Kami menerima 37 penyertaan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) seluruh negeri tahun lalu. Namun untuk kali ini, kami mensasarkan lebih ramai penuntut melibatkan diri dan mengemukakan kertas cadangan perniagaan yang mampu memberi manfaat kepada sesebuah komuniti,” katanya pada sidang media di Wisma BSN di sini, Khamis.

Hasan berkata, program SVC memerlukan penuntut universiti berfikiran jauh ke hadapan dengan mengemukakan cadangan program perniagaan yang dapat diimplementasi di pasaran.

Begitu pun, kertas cadangan yang dikemukakan perlu diluluskan oleh pihak universiti sebelum lapan pasukan terbaik dipilih untuk bersaing ke peringkat akhir pada Oktober depan.

“Menerusi program ini, penuntut universiti berpeluang mengetengahkan bakat dalam melontarkan idea bernas yang melibatkan aktiviti lebih serius khususnya perkara berkaitan masalah yang dihadapi masyarakat sekeliling ketika ini,” ujarnya.

Siri kedua cabaran SVC lebih menarik apabila tempoh penyertaan dilanjutkan selama enam bulan bermula 1 Mac lalu hingga 31 September depan berbanding hanya tiga bulan pada tahun lalu.

Jelas Hasan, penuntut diberi tempoh lebih lama untuk membuat kaji selidik dan berbincang dengan rakan pasukan bagi memastikan projek yang dicadangkan memberi manfaat kepada komuniti di negara ini.

“Kami turut mengadakan pamerkan bergerak dan taklimat ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai baru-baru ini untuk memberi penerangan kepada penuntut mengenai konsep keusahawanan sosial dan peraturan yang perlu dipatuhi bagi menyertai program itu,” ujarnya.

Sementara itu, Hasan memberitahu BSN merancang mengadakan satu forum yang menampilkan Ketua Hakim program SVC, Chandran Nair merangkap Ketua Eksekutif Global Institute For Tomorrow (GIFT) bagi membicarakan dengan lebih jelas mengenai konsep keusahawanan sosial.

Katanya, beberapa pemenang SVC 2010 turut dijemput untuk berkongsi pengalaman tentang projek cadangan mereka kepada penuntut universiti yang menghadirkan diri ke forum itu nanti.

Pada program yang julung-julung kali diadakan tahun lalu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dinobatkan sebagai juara, sekali gus membawa pulang sebuah trofi pertandingan, wang tunai berjumlah RM25,000 dan sijil penghargaan.

Universiti Teknologi Petronas (UTP) pula menduduki tempat kedua manakala Universiti Teknologi MARA (UiTM) ketiga.

Sumber: MSTAR

Prinsip “Redah Je”
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Baiklah, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan prinsip “Redah Je”. Untuk pengetahuan anda semua, prinsip “Redah Je” ini saya gunakan pada ketika dan saat saya ingin terlibat dengan tuisyen.

Pada ketika itu, banyak perkara yang bermain di benak pemikiran saya. Antaranya ialah: boleh ke aku nak ajar tuisyen ni, aku muda lagi, tiada pengalaman dan kurang keyakinan.

Menariknya, persoalan tersebut saya tanyakan kepada sifu saya dan beliau mengatakan kepada saya “Redah Je”. Kemudian, saya bertanya lagi kepadanya, bagaimana ingin saya redah tuan? Dia kata jika ingin berjaya dalam apa jua bidang, kita perlu redah dengan ilmu dan redah dengan penuh persediaan.

Sebagai contoh, bagi mereka yang pertama kali terlibat dengan bisnes atau apa-apa sahaja keadaan, mereka pasti tidak mempunyai pengalaman dalam menghadapi situasi tersebut. Jadi, mahu tidak mahu kita perlu redah untuk mendapatkan pengalaman.

Analoginya begini, kita tidak tahu dan tidak pandai untuk memandu kereta. Tapi jika kita ada keinginan dan ada persediaan untuk memandu, jadi kita perlu redah sahaja untuk memandu kereta tersebut untuk mendapatkan pengalaman pertama kita. Begitu juga dalam bisnes, pengalaman tidak akan datang bergolek, ianya perlu kita ‘redah’ dan redah.

Rasanya setakat itu sahaja daripada saya. Ingat ayat ini “Redah Je” =)

p/s: Sekiranya anda merasakan artikel ini bermanfaat kepada semua, anda boleh tekan butang ‘share’. Jumpa lagi.

Sekian,

Ahmad Bashier

Perancangan Masa Depan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, semoga anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu.

Agak lama rasanya blog ini tidak diupdate dengan info-info terkini. Maklumlah sejak kebelakangan ini saya agak busy menyediakan diri untuk final exam saya yang berlangsung selama 3 minggu yang lalu sehinggalah ke hari ini.

Rakan-rakan yang budiman,

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan facebook saya dan rakan-rakan saya yang lain yang mengucapkan ‘selamat hari lahir’ kepada saya. Sesungguhnya dengan peningkatan umur saya pada hari ini bermaksud masa kita untuk bertemu dengan-NYA semakin hampir. Selain itu, amanah yang dipikul di bahu kita juga kini sudah semakin banyak.

Alhamdulillah, dengan penambahan usia pada 1 Mei yang lepas membuatkan saya sedar saya perlu keluar daripada ‘comfort zone’ untuk lebih serius mencabar empunya diri melakukan sesuatu di luar ‘kotak pemikiran’. Saya juga perlu berani untuk memastikan bahawa cita-cita saya menjadi jutawan dapat direalisasikan. Bukan itu sahaja, planning 5 tahun yang saya rangka sejak setahun yang lepas perlu diikut dengan penuh disiplin.

Tentu anda tertanya-tanya, apa yang akan saya lakukan selepas ini. Insyaallah sahabat-sahabat untuk tahun ini saya akan melakukan beberapa perkara iaitu:

a) Berusaha untuk menambahkan portfolio pelaburan saya yang sedia ada terutamanya dalam bidang pelaburan emas, saham dan hartanah.

b) Berusaha untuk meluaskan lagi bisnes saya yang sedia ada. Insyaallah saya akan lebih kerap untuk promosikan ebook-ebook saya yang berlainan niche menggunakan apa sahaja medium pemasaran.

c) Berusaha untuk menambahkan lagi asset yang ada. Saya mengimpikan untuk membeli kereta sebijik suatu hari nanti menggantikan kereta saya yang sedia ada.

d) Berusaha untuk memastikan saya mempunyai sumber kewangan yang kukuh, tetap dan stabil sepanjang masa.

Saya mohon mereka yang membaca blog saya ini mendoakan kejayaan saya dan saya juga sentiasa mendoakan kejayaan anda. Rasanya itu sahaja yang saya mampu kongsikan kepada pelawat blog saya untuk saat dan tika ini. Insyaallah sekiranya ada kelapangan, saya akan perincikan lagi point-point yang saya sebutkan sebentar tadi.

Sehingga berjumpa lagi.

Sekian,

Ahmad Bashier