Kegunaan Laptop Dalam Perniagaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Untuk artikel kali ini, saya ingin memfokuskan kegunaan laptop dalam perniagaan. Antaranya ialah:

a)Memudahkan membuat perancangan yang rapi dan berkesan

Sebelum perniagaan tersebut dijalankan, seseorang usahawan perlulah mempunyai perancangan yang rapi berkaitan dengan perniagaan yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, jika anda mahu menjadi seorang  usahawan, anda perlu merancang model perniagaan apakah yang anda ingin tumpukan. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengetahui apakah teknik yang diperlukan untuk memastikan bahawa perniagaan anda tersebut mampu diterima masyarakat. Anda boleh menulis dan membuat perancangan dengan menggunakan laptop. Begitu juga dengan saya. Jika dahulu, saya hanya menulis di kertas, namun sejak laptop ada di sisi saya, saya lebih suka untuk menulis dan merancang di   skrin laptop saya. Ianya lebih memudahkan kita:-)

b) Memudahkan untuk membuat simpankira@perakaunan

Ya, seseorang  usahawan yang berpandangan jauh akan mewujudkan suatu system untuk merekodkan simpan kira dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan perakaunan. Sebagai contoh, urusniaga yang berlaku perlu direkodkan agar memudahkan seseorang usahawan tersebut untuk membuat simpan kira dan perakaunan. Namun, masih ramai lagi  usahawan di luar sana yang tidak mengambil berat akan hubungan hal ini. Mereka hanya tahu berniaga tetapi tidak tahu untuk membuat   simpan kira dan perakaunan.

c) Merekodkan laporan

Seseorang usahawan tersebut boleh menggunakan laptop tersebut untuk merekodkan perjalanan perniagaan mereka. Sebagai contoh, seseorang usahawan boleh merekod apa masalah yang dihadapi dan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Hal ini secara tidak langsung dapat mengingatkan seseorang usahawan tersebut agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Bak kata George Santayana “mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya semula”. Bersama-samalah kite renungi kata-kata ini

Itu sahaja yang saya mampu  kongsikan kepada anda untuk entry kali ini. Mungkin anda juga mempunyai idea dan komen berkaitan dengan artikel saya ini? Jika ya, jangan segan silu untuk menghantar komen anda di ruangan komen yang disediakan di blog saya ini. :-)

Salam Perniagaan,
Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi
admin@ahmadbashier.com

  • Share/Bookmark
Posted in Keusahawanan by admin. No Comments

3 Teknik Pemasaran Yang Berkesan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat.

Alhamdulillah, pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkaitan dengan teknik pemasaran yang berkesan. Entry pada kali ini saya ingin mendedahkan bukan satu, bukan dua tetapi tiga teknik yang saya rasakan ianya amat berkesan kepada kita semua. Saya hanya menyentuh secara kasar sahaja, selebihnya anda sendiri yang carikan. Baiklah, antara teknik pemasaran yang berkesan adalah:

a) Pemasaran Melalui Facebook
Saya boleh mengatakan bahawa dewasa ini, inilah antara teknik yang paling baik yang pernah saya jumpa. Mana tidaknya, setiap hari saya membuka facebook dan sekarang saya telah menemui rahsia besar bagaimana mahu memaksimakan penggunaan facebook untuk penjenamaan diri, penjenamaan produk dan penjenamaan syarikat. Bukan itu sahaja, di facebook juga merupakan tempat untuk kita menukarkan rakan-rakan kita kepada prospek dan seterusnya kepada pelanggan. Seterusnya, apabila ini berlaku maka anda mampu menjana pendapatan anda melalui medium pemasaran menggunakan facebook. Namun awas, promosi yang membabi buta di facebook akan menyebabkan rakan-rakan anda bosan dengan anda. Oleh itu, bagaimana caranya? Caranya saya akan merahsiakan terlebih dahulu. Mungkin entry yang akan datang saya akan berkongsi tips untuk melakukan pemasaran melalui facebook.

b) Pemasaran Melalui Forum
Saya juga berniat untuk aktif di forum-forum yang berkaitan dengan perniagaan internet. Disebabkan kesuntukan masa, saya tidak sempat untuk berforum dengan lebih lama. Insyaallah saya akan lebih aktif berforum sepanjang cuti akhir semester nanti. Ini matlamat saya untuk menggali lagi ilmu yang berkaitan dengan pemasaran internet. Terima kasih kepada otai-otai internet marketer yang banyak membantu penulis melalui penulisan-penulisan dan produk produk mereka. Sekarang ini dunia sedang bergerak ke arah dunia yang penuh dengan informasi, jadi produk yang berkaitan dengan informasi semakin laris di internet. Saya pasti akan mengambil kesempatan ini untuk menjana pendapatan dengan cara yang halal. Insyaallah~

c) Pemasaran Melalui Email
Tahukah anda, perkara pertama yang seseorang lakukan ketika melayari internet adalah dengan membuka email? CUba anda bayangkan apabila email anda dibaca setiap hari oleh subsriber anda? Tentu anda seronok bukan? Perkara ini juga menjadi matlamat saya iaitu untuk melakukan pemasaran melalui email. Hal ini terbukti kerana ramai otai-otai internet sekarang seperti Ammar Zahar, Lebanon Flarebiz, Zamri Nanyan, Razif Yusof, Jamaluddin Bahari, serta ramai lagi otai mempunyai email list yang besar dan hal ini memudahkan mereka semua untuk menghantar email mereka kepada ribuan subsciber mereka dengan hanya satu klik. Rahsianya ialah mereka melanggan autoresponder yang berbayar dan berkualiti tinggi iaitu sama ada aweber ataupun getresponse. Melalui email, mereka dapat berkongsi apa sahaja dengan subscriber mereka kerana ‘money is on the list’. Nak tahu caranya, kenalah gali ilmu anda sendiri. Saya pasti anda tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan ‘money is on the list’ itu sendiri? Hehehe…

Baiklah, cukuplah 3 teknik pemasaran yang penulis dedahkan. Setiap teknik yang saya senaraikan di atas mempunyai potensi yang tersendiri. Sekiranya anda mahu menjual produk atau servis anda melalui internet, mantapkan dahulu teknik pemasaran anda di internet. Belajarlah dengan orang yang berpengalaman. Saya juga sekarang ini masih belajar untuk memantapkan lagi ilmu yang berkaitan dengan perniagaan internet terutamanya berkaitan dengan teknik pemasaran. Belajar,belajar, belajar dan praktikkan, insyaallah anda akan berjaya.

Sekian,
Sahabat Anda:
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

  • Share/Bookmark
Posted in Perkongsian Maklumat by admin. No Comments

Tahun 2009 dan 2010 Tahun Seminar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semoga berada dalam keadaan sihat walafiat. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.

Baiklah, pada post kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan faedah menghadiri seminar. Faedahnya ialah:

Ilmu secara LIFE

Ya, inilah faktor yang saya rasakan amat penting. Saya merasakan untuk mendapatkan sesuatu ilmu tersebut, kita mestilah berguru. Walaupun guru tersebut sudah menghasilkan buku, tetapi ianya tidak sama dengan apa yang diterangkan oleh guru tersebut. Begitu juga dengan seminar, pasti individu yang mengendalikan seminar pernah menghasilkan buku mahupun ebuku, namun walaupun ilmu yang ingin disampaikan adalah berkaitan dengan bidang yang sama, namun saya pasti ilmu tersebut akan meresap dengan lebih cepat jika anda pergi ke seminar. Saya sendiri sudah merasainya ketika pergi ke beberapa seminar yang mampu mengubah hidup saya daripada baik kepada yang lebih baik.

Networking

Ya, melalui seminarlah saya telah berjaya meluaskan jaringan rakan-rakan penulis. Sekarang ini saya mempunyai ramai rakan yang mampu membantu saya jika saya menghadapi masalah untuk melakukan sesuatu perkara. Cara saya adalah mudah, saya akan berbual-bual dengan mereka dan memberikan kad bisnes saya kepada orang yang baru saya kenali. Saya juga akan mewar-warkan bisnes apa yang saya sedang lakukan. Dengan cara ini saya dapat mempromosikan perniagaan saya kepada mereka yang menghadiri seminar tersebut. Mereka juga menghulurkan kad bisnes mereka kepada saya, jadi hal ini secara tidak langsung mewujudkan situasi menang-menang kepada orang yang pergi ke seminar tersebut.

Kesimpulannya, saya merasakan 2 faktor ini sudah mencukupi mengapa saya ingin dan suka untuk pergi ke seminar. Insyaallah jika diizinkan tuhan, saya akan berkongsi dengan anda semua beberapa seminar yang saya sudah hadir sepanjang 2009 dan 2010 ini. Nantikan kemunculan entry penulis yang selanjutnya ya.

p/s: Baru habis pergi Bengkel Cara Memulakan Bisnes Tuisyen di IQ Bestary Learning Centre ahad lalu. Berbaloi-baloi:-)

Salam Seminar:

Ahmad Bashier bin Muhammad Afifi

  • Share/Bookmark

Maksimumkan Penggunaan Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
semoga anda semua berada dalam keadaan sihat selalu

Bagaimana dengan akaun Facebook anda? Dalam entri ini saya akan mengajar 3 kaedah yang terbukti berkesan jika anda ingin membuat duit melalui Facebook.

Izinkan saya ingatkan anda bahawa hasil tidak akan diperoleh jika anda tidak melakukan sebarang tindakan. Oleh itu, pastikan anda terus bertindak selepas membaca email ini.

Jom saksikan 3 Kaedah yang ingin saya bongkarkan:

======================
Kaedah 1: Affiliate
======================

Sebagai agen affiliate, anda boleh mempromosikan pautan affiliate melalui akaun Facebook iaitu menggunakan fungsi “Wall-post”. Namun begitu, disini saya kongsikan sedikit tips supaya anda dapat menghasilkan jualan dalam jangka masa singkat. Apa yang perlu anda lakukan ialah menyorokkan pautan affiliate dengan menggunakan laman web di bawah:

http://www.bit.ly

Selepas itu, lakukan sedikit deskripsi produk yang bakal anda jual bagi mewujudkan rasa ingin tahu pada rakan Facebook yang lain. Di akhir ayat, letakkan pautan bit.ly anda.

Mudah bukan? :-)

========================================
Kaedah 2: Penggunaan Fungsi Marketplace:
========================================

Berita baik untuk anda ialah Facebook menyediakan sebuah platform bagi menjual sebarang produk atau perkhidmatan yang dinamakan “Marketplace”. Ia boleh digunakan bagi melakukan sebarang penjualan atau pembelian secara online. Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan imej produk dan maklumat-maklumat yang berkaitan. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan
dibawah:

http://apps.facebook.com/marketplace/

===============================
Kaedah 3: Seminar atau Bengkel
===============================

Kaedah ini amat sesuai jika anda merupakan seorang penganjur seminar, bengkel atau sebarang program. Melalui fungsi ‘Event’ di dalam laman jaringan sosial Facebook, anda boleh mengintegrasikan program kendalian dengan lebih mudah. Fungsi ini juga dapat membantu anda bagi memantau bilangan peserta yang bakal hadir dan tidak berminat terhadap program yang anda kendalikan.

Pemasaran viral juga akan berlaku sebaik sahaja pengguna Facebook yang lain menekan butang “Attending” di mana aktiviti pengguna tersebut akan tertera di profil Facebok dan rakan-rakan yang lain boleh melihatnya.

==============
Kesimpulannya
==============

Laman jaringan sosial Facebook terbukti dapat memberikan kelebihan kepada anda menambah satu lagi saluran pemasaran melalui fungsi-fungsi yang ada. Saya harap isi kandungan email ini dapat membuka mata anda dalam mencari kaedah buat duit di Facebook. Anda boleh dapatkan Facebook Mania untuk mengorek lebih banyak rahsia bagi menjana pendapatan melalui Facebook.

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

  • Share/Bookmark
Posted in Perkongsian Maklumat by admin. No Comments

3 Model Perniagaan Internet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung blog, semoga berada dalam keadaa yang sihat-sihat selalu ya.

Baiklah, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan dengan 3 model perniagaan internet yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal usia, jantina, bangsa dan agama. Pendek kata, perniagaan internet adalah suatu perniagaan yang universal yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja termasuklah anda.

Jom kita lihat model-model perniagaan tersebut:

=============
Blogging
=============
Sekiranya anda berminat dan mempunyai bakat dalam menulis, anda boleh lah mewujudkan suatu blog khas untuk tujuan berblogging. Tulislah apa sahaja yang berkaitan dengan minat anda. Katakan yang anda berminat dalam bidang fotografi. Jadi, tidak ada salahnya jika anda membina blog untuk berkongsi dengan orang ramai berkaitan dengan minat anda tersebut. Selepas itu, cuba tarik trafik sedikit demi sedikit dan apabila trafik anda sudah banyak, anda boleh menjana pendapatan melaluinya.

Persoalannya bagaimana?
Mudah sahaja. Ada banyak cara untuk anda menjana pendapatan melalui blog. Antaranya ialah meletakkan iklan nuffnang di blog anda, meletakkan iklan affiliate di blog anda atau pun menyewakan ruang pengiklanan kepada orang yang berminat di blog anda. Itu 3 cara mudah yang boleh anda praktikkan. Tapi ada syaratnya, mudah sahaja, naikkan traffik setinggi yang mungkin. Ok?:-)

=============
Affiliate
=============
Sekiranya anda tidak mempunyai modal untuk memulakan bisnes internet, anda boleh lakukan affiliate. Apa itu affiliate? Affiliate ialah anda menjadi agen/orang tengah/pemasar kepada produk orang lain. Contohnya, anda mencadangkan kepada rakan-rakan anda yang teringin bekerja dengan kerajaan supaya dapatkan Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Jadi, sekiranya rakan-rakan anda tersebut membeli daripada link anda, anda akan mendapat komisyen.

Contoh link affiliate:
http://tinyurl.com/kerjahebat

Andaikan komisyen yang diberikan adalah 50% untuk produk yang berharga RM100, maka anda sudah mendapat RM50 untuk satu produk digital yang berjaya dijual melalui link anda. Sekiranya ada 10 orang yang membeli melalui link anda, maka 10 x RM50 = RM500. Mudah mudah sahaja anda mendapat komisyen sebanyak itu.

Jadi, sekiranya anda berminat, anda boleh lah menyertai mana-mana program affiliate dan program tersebut adalah percuma sahaja:-)

=============
Bisnes Ebook
=============
Anda juga boleh menghasilkan ebook sekiranya anda mempunyai sesuatu yang ingin dikongsikan kepada orang ramai. Tulis lah apa sahaja ebook yang berkaitan dengan kepakaran dan pengalaman diri anda. Contohnya, anda menulis ebook berkaitan dengan Panduan Menjahit kerana anda mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang itu. Jadi, gunakanlah kepakaran yang ada untuk diterjemahkan ke dalam ebook anda itu. Mungkin juga anda mempunyai minat dan ingin berkongsi sesuatu untuk hobi anda sepeti memancing, menunggang kuda dan bermain gitar. Jadi, apa salahnya sekiranya anda bukukan bukan?

Contoh ebook: www.panduanperakaunan.com

Pendapatan melalui ebook juga sangat lumayan sebenarnya untuk anda. Katakan anda menjual ebook yang berharga RM20 seunit dengan kuantiti sebanyak 100 unit, maka senang-senang sahaja anda mendapat:

20x 100 = RM2000

Wah, sangat lumayan. :-)

Rasanya cukuplah 3 model perniagaan internet yang saya kongsikan itu. Harap anda dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan anda pula lepas ini. Selamat Maju Jaya ya.:-)

Sekian,
Ahmad Bashier
www.ahmadbashier.com

  • Share/Bookmark
Posted in Perniagaan by admin. No Comments

Jom Belajar Perakaunan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua. Inyaallah pada hari ini, saya akan berkongsi dengan anda beberapa maklumat penting berkaitan dengan perakaunan. Ilmu ini betul-betul berguna kepada sesiapa sahaja sama ada dalam perniagaan mahupun dalam kehidupan anda sendiri. Untuk bahagian ini, saya akan menerangkan maksud perakaunan dan perkara yang sewaktu dengannya.

Bahagian 1: Apa itu Perakaunan???????

Definisi Perakaunan
Pertama sekali, anda hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan perakaunan. Secara umumnya, perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengelas dan meringkas semua peristiwa dan urusniaga secara sistematik dalam bentuk nilai wang serta mentafsirkan maklumat perakaunan yang diperoleh.

Disini saya akan terangkan secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan mengenalpasti, merekod, mengelas dan meringkas serta mentafsir kepada anda.

i. Mengenalpasti urusniaga bermaksud membuat pemerhatian ke arah peristiwa ekonomi dan memilih peristiwa yang sesuai untuk direkodkan bagi sesuatu peristiwa tertentu.

ii. Merekod merupakan satu proses catatan urusniaga harian secara sistematik ke dalam buku catatan pertama iaitu jurnal.

iii. Mengkelas pula adalah satu pengkelasan melalui penggunaan akaun berdasarkan prinsip perakaunan. Pengkelasan tersebut dibuat kepada 5 akaun yang utama seperti aset, liabiliti, ekuiti, hasil dan belanja.

iv. Meringkas bermaksud meringkaskan maklumat urusniaga yang telah dikelaskan kepada imbangan duga. Imbangan duga ialah senarai yang menunjukkan baki-baki akaun pada satu tarikh tertentu.
Daripada imbangan duga ini, penyatakewangan akan disediakan.

v. Mentafsirkan pula melibatkan pengkajian, penganalisaan dan penterjemahan maklumat-maklumat perakaunan.

Untuk pengetahuan anda, perakaunan berperanan untuk menyediakan maklumat tentang prestasi dan kedudukan kewangan syarikat. Maklumat tersebut berguna kepada pengguna-pengguna maklumat perakaunan dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan ekonomi.

Selain itu, perakaunan juga merupakan bahasa perniagaan kerana ia adalah satu alat menyampaikan maklumat sesebuah perniagaan. Oh, betapa indahnya perakaunan jika anda mengetahuinya.

Rasanya setakat itu sahaja untuk entry kali ini. Berjumpa lagi di lain entry ya.

Sahabat Perakaunan Anda,
Ahmad Bashier
www.panduanperakaunan.com
admin@panduanperakaunan.com

  • Share/Bookmark
Posted in perakaunan by admin. No Comments